Saya pernah mengutarakan mengenai pembangunan tanah NCR malah semasa perhimpunan
Pemuda di BCCK saya juga pernah mengutarakan idea saya mungkin saya tak dapat menyampaikan kepada ketua menteri akan idea ini.
Saya berpendapat cara paling baik dalam membantu rakyat adalah dengan membenarkan rakyat sendiri menguruskan tanah NCR mereka bagaimnanakah caranya. pertama sekali saya katakan adalah menyukat tanah tersebut. bukan setakat menyukat tanah tersebut tetapi memberi geran tanah bersyarat iaitu tanah terbabit hanya dapat di jual apabila usia geran telah mencecah 30 tahun dari tarikh ia di keluarkan ini untuk menngelak tanah terbabit di jual kepada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan.
setelah geran di keluarkan tanah terbabit hanya boleh di gunakan untuk membuat pinjaman untuk pertanian yang bersuaian. yang mana pihak jabatan pertanian lah yang akan menentukan apa yang baik untuk tanah mereka. setelah itu pinjaman untuk pertanian tersebut hendaklah melalui bank pertanian, Mara, Tekun dan apa saja agensi kerajaan.
latihan pula dapat di buat oleh pihak jabatan pertanian dan di bimbing sehingga mengeluarkan hasil. pemasaran pula hendaklah di lakukan oleh Fama, jabatan pertanian . Tentu timbul soalan bagaimana ianya menguntungkan.
Pinjaman hendaklah seratus peratus di keluarkan oleh agensi yang di miliki oleh kerajaan dengan bayaran balik mungkin 60 tahun dan tanah sebagai cagaran. tujuannya seandainya projek tersebut tidak berjaya kerajaan akan menjadi pemilik tanah. tetapi mustahil tak berjaya jika di bimbing. Bayaran hendaklah di lakukan mengikut proses bayaran pinjaman adalah 20% DARI JUALAN HASIL, 10% UNTUK AGENSI YANG MEMBERI LATIHAN DAN 70% PULA ADALAH PEMILIK TANAH. hasil jualan pula hanya fama yang boleh membeli dan menjual.
kebaikan dan faedahnya adalah rakyat berusaha dan pertanian menjadi kerja turun temurun kerana anak yang akan mewarisi. selain dari pada itu ianya akan mengurang pengangguran. dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat.
Kebaikan kerajaan adalah hasil cukai tadi mendatangkan pendapatan kepada kerajaan.
seharusnya kita mesti ingat pertaniaan adalah pendapatan yang tak pernah berkurang selari dengan pertambahan penduduk. kita harus ingat meningkatnya penduduk maknanya tanah berkurang. kita seharusnya mengubah negeri sarawak menjadi negeri yang berasakan pertanian. dan kita seharusnya memulakan usaha ini dengan menjadikan bahagian di negeri sarawak sebagai kawasan pertanian angkat. contohnya miri mungkin sesuai sebagai penanam lada. mukah dengan rumbianya
Ini adlah satu cadangan saja..........................
No comments:
Post a Comment