Monday, September 20, 2010

Tiada sebab untuk cemburukan peluang ekonomi Bumiputera


KUCHING: Tiada sebab bagi kaum bukan Bumiputera berasa cemburu akan peluang ekonomi yang memberikan kelebihan kepada kaum Bumiputera memandang mereka dasarnya mempunyai banyak kelebihan lain.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daut Abdul Rahman berkata kerajaan mempunyai polisi yang baik dalam penilaian ekonomi yang berpatutan di antara kaum.
“Ini kerana kerajaan akur akan kelebihan ekonomi yang sedia ada pada kaum bukan Bumiputera dan selebihnya memberi peluang kepada kaum Bumiputera untuk mendedahkan diri kepada dunia perniagaan,” katanya ketika majlis ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Gita Lama di sini, semalam.
Bumiputera patut mengambil inisiatif untuk membuat perniagaan sebagai salah satu sumber pencarian dan sama-sama maju di bidang ini setaraf dengan kaum bukan Bumiputera yang lain.
Beliau menekankan bahawa konsep “give and take” dalam ekonomi membolehkan satu negara maju tanpa menyoal dari segi kelebihan perkauman.
“Bukan kehendak kerajaan untuk menyisihkan kaum bukan Bumiputera tapi ingin membuka peluang yang sama terhadap Bumiputera yang kurang dari segi perniagaan,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan tidak pernah menghalang kaum bukan Bumiputera untuk menjalankan perniagaan sah dan beretika, malahan tidak pernah memberi sebarang kata ‘tidak’ kepada mereka (bukan Bumiputera) yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.
“Ini adalah kerana kerajaan mempunyai polisi yang berpatutan akan situasi di negara di mana kebanyakkan kaum bukan Bumiputera ada banyak kelebihan berbanding dengan kaum Bumiputera dari segi perniagaan,” katanya.
Malahan beliau memberi contoh kebanyakkan pelapor perniagaan yang berjaya kebanyakkan bukan Bumiputera.
“Kerajaan bertujuan untuk menolong sesiapa sahaja dan bukannya berat sebelah dalam unsur perniagaan,” katanya.
Pendedahan ekonomi terhadap kaum Bumiputera merupakan salah satu jalan terbaik kepada kerajaan untuk menarik minat kaum Bumiputera untuk menjalankan perniagaan terutamanya di Sarawak.
Berkonsepkan 1Malaysia beliau mengharapkan bahawa golongan bukan Bumiputera tidak sepatutnya cemburu dan tidak mengungkit soal yang akan memecah-belahkan masyarakat majmuk di Malaysia.
“Sistem kerajaan yang sedia ada sekarang ini bukan bertujuan untuk memecah belahkan kaum kita tetapi untuk mewujudkan persefahaman di antara kita sekiranya kita semua setaraf dari pelbagai segi,” katanya lagi.

Friday, September 17, 2010

pembangkang...kita masih memuja mereka..

Rakyat Sarawak Dihina. 
"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," - Hadi Awang (baca sini).


Ini merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak apabila Hadi, Presiden PAS membuat kenyataan tersebut semasa kempen pilihanraya Manek Urai pada 11 hb Julai 2009. Bagi mereka yang belum mengenali Sarawak, pasti terbayang negative tentang penduduk nya. 


Kita percaya bahawa kenyataan Hadi berkenaan adalah disebabkan oleh kekecewaannya apabila rakyat Batang Ai menolak calon pilihan PR pada election tersebut. Di mana letak rasionalnya beliau sebagai seorang pemimpin ? lebih2 lagi Hadi adalah seorang yang digelar TOK GURU !!!




di mana dulu kita marah. tetapi kenyataan yang pernah di keluarkan dulu kita seakan lupa. saya cuma hendak kita ingat kembali..

Tuesday, September 14, 2010

majikan rugi RM1.1b kerana cuti bersalin 90 hari pekerja tidak realistik


Alasan majikan rugi RM1.1b kerana cuti bersalin 90 hari pekerja tidak realistik
KUCHING: Cadangan melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari dijangka memberi manfaat kepada pekerja tetapi juga majikan serta negara.
ANDREW LO
ANDREW LO
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Andrew Lo berkata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) takut penambahan cuti bersalin akan menyebabkan majikan mengalami kerugian RM1.1 bilion adalah tidak realistik.
“Alasan utama mengapa undang-undang buruh Malaysia sentiasa sangat konservatif ialah kerana ia sangat kukuh dan sering dibantah oleh majikan,” katanya semasa ditemubual oleh akhbar kumpulan The Borneo Post, semalam.
Lo turut mempersoalkan cara MEF mengira kos ditanggung majikan jika cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari seperti dilaporkan dalam akhbar kebangsaan baru-baru ini yang menurutnya tanpa asas kukuh dan berdasarkan tanggapan tidak realistik.
“Ia dibuat seperti taktik yang menakutkan, salah satu kelemahan utama dalam andaian MEF adalah keberkesanan dan produktiviti adalah pada tahap 100 peratus.
“Hampir sepanjang masa, beban kerja pekerja ketika cuti bersalin dikongsi dalam kalangan rakan sekerjanya. Jarang sekali majikan akan mengupah pekerja baru untuk mengganti pekerja yang cuti bersalin,” jelasnya.
Maknanya menurut beliau pekerja turut berkongsi kos akibat penambahan hari cuti bersalin dan ia tidak menyebabkan kerugian seperti didakwa MEF (kerana beban kerja majikan yang cuti bersalin dikongsi).
Beliau berkata ketika kerajaan mengambil keputusan cuti bersalin dipanjangkan dari 40 kepada 60 hari pada 2005, tidak terdapat satupun syarikat menjadi muflis kerana meningkatnya manfaatmanfaat bersalin.
Mengulas lanjut mengenai cadangan MEF baru-baru ini agar suami berkongsi cuti bersalin dengan si isteri (60 hari), Lo berkata ia hanyalah satu helah persekutuan itu untuk menutup isu sebenar.
“Ini satu lagi helah MEF untuk mengaburi orang ramai daripada isu sebenar apabila cuti bersalin perlu dipanjangkan kepada 90 hari. Jika mereka bersetuju dengan idea ini, tambahkan cuti kepada 90 hari dan beban kerja boleh dikongsi antara pekerja lain,” ujarnya.
Lo yang juga Setiausaha Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) menambah penambahan cuti bersalin tidak hanya akan menggalakkan penyertaan wanita dalam dunia pekerja tetapi memberi manfaat kepada majikan kerana tahap produktiviti akan meningkat.
“MTUC Sarawak menggesa kerajaan negeri agar memperkenalkan penambahan cuti bersalin secepat mungkin.
Semenjak beberapa tahun lalu kerajaan mengatakan kita perlukan masyarakat yang prihatin dengan persekitaran yang membolehkan si ibu meluangkan lebih masa dengan anak-anak mereka.
Sementara itu menurut laporan baru-baru ini kakitangan awam negeri Selangor diberi cuti bersalin 90 hari dan keistimewaan sama akan dinikmati pekerja awam di Kelantan dan Pulau Pinang.
Menurut Lo lagi, Ordinan Buruh Sarawak 2005 menyatakan cuti bersalin 60 hari hanya diberikan kepada pekerja yang bergaji RM2,500 dan ke bawah sebulan.
“Bagi yang tidak termaktud dalam ordinan itu, cuti bersalin mereka bergantung kepada kontrak pekerjaan masing-masing dan saya sedar ada kontrak pekerja yang tidak melayakkan mereka cuti (bersalin) selama 60 hari.
“Malah ada pekerja wanita mengambil keputusan untuk berhenti bekerja selepas bersalin kerana tidak cukup masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan,” tambahnya.

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD Keadaan benih cendawan yang ditempatkan di Kilang Penanaman Cendawan, Kampung Sinaran Baru, Senai. Cendawan merupakan tanaman makanan yang cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat kerana keenakannya dan boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Cendawan boleh dinikmati secara segar atau digoreng tepung. Tetapi antara makanan berkaitan cendawan yang paling popular ialah sup cendawan. Oleh sebab itu, sama seperti peribahasa, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, begitu juga dengan kemunculan penanam tanaman tersebut ketika ini. Selepas kerajaan menyatakan komitmen untuk menaikkan martabat industri pertanian, ramai penanam cendawan muncul mengusahakan tanaman tersebut sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Antaranya seorang pengusaha cendawan di Kampung Sinaran Baru, Skudai, R. Azmi Buang yang mengusahakan cendawan sejak 25 tahun lalu. ''Zaman dahulu cendawan hanya diperoleh menerusi pokok-pokok getah yang telah reput dan pertumbuhannya tidak sekerap mana. ''Tetapi dengan ada teknologi moden ia boleh diperolehi pada bila-bila masa, iaitu selepas benih cendawan terpilih disuntik dan melalui proses pengeraman, dalam tempoh lima hari cendawan terbabit boleh dituai," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Untuk itu R. Azmi, 45, juga tidak keberatan berkongsi pengalaman mengenai cara-cara mengusahakan tanaman itu, yang mana langkah awal dengan menyediakan abuk kayu getah, dedak beras, kapur dan polibeg. "Pemilihan habuk kayu getah kerana ia paling sesuai untuk pertumbuhan cendawan, manakala dedak beras pula penggalak yang mana cendawan akan tumbuh dengan subur termasuk lebar dan bersih serta gebu. "Kapur pula untuk mengurangkan kemasaman pada 'substrat' (bongkah-bongkah) untuk disuntik dengan benih cendawan terpilih," katanya. Menurutnya, bagi mengadun bancuhan substrat itu bagi setiap 100 kilogram (kg) habuk kayu getah ia ditambah dengan lapan kg dedak beras, tiga kg kapur dan 80 liter air. R. Azmi, berkata, adunan itu dimasukkan ke dalam plastik lutsinar berukuran 6 1/2 inci lebar x 14 inci panjang dan ia perlu dibungkus dengan padat yang beratnya antara 1 kg hingga 1.2 kg. Beliau berkata, selepas itu, bongkah-bongkah tersebut dikukus pada suhu 100 darjah celsius selama tiga jam. "Selepas sejuk bongkah-bongkah itu akan disuntik dengan benih, di mana setiap satu botol benih mampu untuk disi 35 bongkah. "Untuk menyuntik benih ia perlu dilakukan di tempat yang betul-betul bersih dan kering dan kemudian pindahkan ke bilik pengeraman dalam tempoh dua bulan," katanya. Katanya, susunan dan kedudukan bongkah mesti dalam keadaan berdiri supaya 'meselium' (buah) mudah tumbuh. Tambah Azmi, selepas dua bulan di pondok pengeraman bongkah-bongkah itu di pindahkan ke bangsal pengeluaran yang suhunya mesti di bawah 32 darjah celsius dan kadar kelembapan mesti 60 hingga 80 peratus mengikut ukuran hygro meter, bagi menghasilkan cendawan berkualiti. "Di pondok pengeluaran kita buka penutup bongkah bagi membolehkan buah cendawan tumbuh secara semula jadi yang lazimnya dalam masa lima hari buahnya boleh dituani. "Ingin dijelaskan kepingan-kepingan berupa daun yang keluar dari muncung bongkah adalah buah cendawan, jadi yang kita makan itu adalah buah cendawan yang dikenali bahasa sains maselium," katanya. R. Azmi berkata, setiap satu bongkah boleh mengeluarkan empat kali pengeluaran yang bertanya 250 gram.

Keadaan benih cendawan yang ditempatkan di Kilang Penanaman Cendawan, Kampung Sinaran Baru, Senai.


Cendawan merupakan tanaman makanan yang cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat kerana keenakannya dan boleh dinikmati dengan pelbagai cara.
Cendawan boleh dinikmati secara segar atau digoreng tepung. Tetapi antara makanan berkaitan cendawan yang paling popular ialah sup cendawan.
Oleh sebab itu, sama seperti peribahasa, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, begitu juga dengan kemunculan penanam tanaman tersebut ketika ini.
Selepas kerajaan menyatakan komitmen untuk menaikkan martabat industri pertanian, ramai penanam cendawan muncul mengusahakan tanaman tersebut sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan.
Antaranya seorang pengusaha cendawan di Kampung Sinaran Baru, Skudai, R. Azmi Buang yang mengusahakan cendawan sejak 25 tahun lalu.
''Zaman dahulu cendawan hanya diperoleh menerusi pokok-pokok getah yang telah reput dan pertumbuhannya tidak sekerap mana.
''Tetapi dengan ada teknologi moden ia boleh diperolehi pada bila-bila masa, iaitu selepas benih cendawan terpilih disuntik dan melalui proses pengeraman, dalam tempoh lima hari cendawan terbabit boleh dituai," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Untuk itu R. Azmi, 45, juga tidak keberatan berkongsi pengalaman mengenai cara-cara mengusahakan tanaman itu, yang mana langkah awal dengan menyediakan abuk kayu getah, dedak beras, kapur dan polibeg.
"Pemilihan habuk kayu getah kerana ia paling sesuai untuk pertumbuhan cendawan, manakala dedak beras pula penggalak yang mana cendawan akan tumbuh dengan subur termasuk lebar dan bersih serta gebu.
"Kapur pula untuk mengurangkan kemasaman pada 'substrat' (bongkah-bongkah) untuk disuntik dengan benih cendawan terpilih," katanya.
Menurutnya, bagi mengadun bancuhan substrat itu bagi setiap 100 kilogram (kg) habuk kayu getah ia ditambah dengan lapan kg dedak beras, tiga kg kapur dan 80 liter air.
R. Azmi, berkata, adunan itu dimasukkan ke dalam plastik lutsinar berukuran 6 1/2 inci lebar x 14 inci panjang dan ia perlu dibungkus dengan padat yang beratnya antara 1 kg hingga 1.2 kg.
Beliau berkata, selepas itu, bongkah-bongkah tersebut dikukus pada suhu 100 darjah celsius selama tiga jam.
"Selepas sejuk bongkah-bongkah itu akan disuntik dengan benih, di mana setiap satu botol benih mampu untuk disi 35 bongkah.
"Untuk menyuntik benih ia perlu dilakukan di tempat yang betul-betul bersih dan kering dan kemudian pindahkan ke bilik pengeraman dalam tempoh dua bulan," katanya.
Katanya, susunan dan kedudukan bongkah mesti dalam keadaan berdiri supaya 'meselium' (buah) mudah tumbuh.
Tambah Azmi, selepas dua bulan di pondok pengeraman bongkah-bongkah itu di pindahkan ke bangsal pengeluaran yang suhunya mesti di bawah 32 darjah celsius dan kadar kelembapan mesti 60 hingga 80 peratus mengikut ukuran hygro meter, bagi menghasilkan cendawan berkualiti.
"Di pondok pengeluaran kita buka penutup bongkah bagi membolehkan buah cendawan tumbuh secara semula jadi yang lazimnya dalam masa lima hari buahnya boleh dituani.
"Ingin dijelaskan kepingan-kepingan berupa daun yang keluar dari muncung bongkah adalah buah cendawan, jadi yang kita makan itu adalah buah cendawan yang dikenali bahasa sains maselium," katanya.
R. Azmi berkata, setiap satu bongkah boleh mengeluarkan empat kali pengeluaran yang bertanya 250 gram.

kemana, sapakah yang akan kita undi..kemana arah kita selepas pilihan raya????

Ke mana arah kita selepas pilihanraya???
           desas desus pilihan raya semakin dekat sudah menjadi tajuk utama di kedai kopi. Orang ramai membuat spekulasi mengenai bakal calon. Malah sudah ada yang menawarkan diri menjadi calon untuk  menjadi calon bebas hatta pembangkang juga.
           sebenarnya bukan itu yang menjadi persoalan tetapi rakyat harus memikir apa akan berlaku jika tersalah pilih. Jika kerana di sebabkan marah benda yang kecil undi berpindah ke pembangkang adakah berbaloi. Marah pasal jalan undi pembangkang? Marah parit sumbat undi pembangkang? Berbaloikah itu. Kalau pembangkang menang apa yang mereka dapat buat. Contoh yang paling nyata pulau pinang, selangor.. Dan kerusi yang di menangi pembangkang.terbaru sibu masalah banjir juga tak selesai melainkan kerajaan beri lesen. alasan sesiapa pun dapat beri.
                jika kita perhatikan  bagaimana kerajaan cuba sedaya upaya untuk membangunkan negeri sarawak. Projek empangan bakun contohnya. Pihak pembangkang berkata kerajaan mengambil tanah membuat penduduk peribumi tak ada tempat tinggal tetapi kerajaan menyangkal itu semua dengan mendirikan penempatan kepada mereka.pergi ke penempatan sungai Asap. Pembangkang tak ingin kaum tertentu maju. Projek empangan bakun jika sudah  berjalan nanti akan memberi pendapatan kepada sarawak. Ini adalah sumber kewangan kerana tenaga letrik di jual ke negara jiran.Keunrungan dari jualan di gunakan kerajaan untuk rakyat adakah itu salah.
              pembangkang mengatakan kerajaan mengambil tanah NCR. Tetapi kerajaan tak pernah melakukan perkara itu. Cuma kes terpencil di perbesarkan. Kini kerajaan mula menyukat tanah NCR dan terserah kepada rakyat untuk membangunkannya nanti. Jadi tidak ada istilah kerajaan tak berusaha yang terbaik untuk rakyat.
             berbalik kepada kemudahan yang sedia ada. Kerajaan cuba mempertingkatkan kemudahan asas. Hospital kerajaan cuba menambah bilangan katil. Menambah kemudahan lain untuk rawatan. Tetapi kerajaan tidak pernah menaikkan kos rawatan ke tahap yang tak mampu di bayar. Fikirkanlah. Cas semalaman hanya Rm 3.00 dan ubatan hanya berapa ringgit. Adakah kerajaan kejam.
               berbalik kepada pelajaran kerajaan cuba menaik taraf semua sekolah. Malah kini pelajar mendapat komputer riba. Walaupun ada yang menjual komputer riba tetapi kerajaan tak pernah mengambil peduli kerana kerajaan tau. Kepentingan rakyat di utamakan.
               cukai pendapatan kerajaan tak pernah membebankan rakyat malah memberi rebat kepada mereka.
              jadi soalan saya di manakah ke tidak adilan kerajaan dalam memberi kemudahan kepada rakyat. Kita harus ingat semenjak kerajaan memerintah sarawak. Kita dapat melihat perubahan yang nyata. Jalan baru, bangunan baru. Mau dari swasta atau kerajaan sendiri. Semuanya telah ada.
              salahkah jika kita mengundi kerajaan yang sedia ada agar kesinambungan pembangunan dapat di laksanakan berterusan.
             mungkin ada pemimpin yang terleka tetapi kita tak boleh menyalahkan kerajaan dengan hanya kita tak suka dengan seorang pemimpin. 
             Rakyat harus memikirkan anak-anak mereka kerana jika kita silap kemungkinan anak akan merasa kesukaran. Undilah dengan bijak jika tiba waktunya. dan kita tidak rugi apa-apa kerana telah terbukti akan bantuan kerajaan kepada kita.
 

Monday, September 6, 2010

bintulu 1960 dan bintulu 2010

Bintulu sekarang dan dulu.............Bintulu dulu hanya pekan Nelayan tetapi kini seperti kanak_kanak yang membesar dengan cepatnya.. esok lusa kita akan nampak lagi bangunan baru, kesimpulannya Bintulu sentiasa membangunan di bawah kerajaan sekarang. teruslah memberi sokongan kepada mereka

pembangunan............


                         

Saturday, September 4, 2010

Pembangunan Tanah NCR

                               Saya pernah mengutarakan mengenai pembangunan tanah NCR malah semasa perhimpunan
Pemuda di BCCK saya juga pernah mengutarakan idea saya mungkin saya tak dapat menyampaikan kepada ketua menteri akan idea ini.
                               Saya berpendapat cara paling baik dalam membantu rakyat adalah dengan membenarkan rakyat sendiri menguruskan tanah NCR mereka bagaimnanakah caranya. pertama sekali saya katakan adalah menyukat tanah tersebut. bukan setakat menyukat tanah tersebut tetapi memberi geran tanah bersyarat iaitu tanah terbabit hanya dapat di jual apabila usia geran telah mencecah 30 tahun dari tarikh ia di keluarkan ini untuk menngelak tanah terbabit di jual kepada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan.
                               setelah geran di keluarkan tanah terbabit hanya boleh di gunakan untuk membuat pinjaman untuk pertanian yang bersuaian. yang mana pihak jabatan pertanian lah yang akan menentukan apa yang baik untuk tanah mereka. setelah itu pinjaman untuk pertanian tersebut hendaklah melalui bank pertanian, Mara, Tekun dan apa saja agensi kerajaan.
                               latihan pula dapat di buat oleh pihak jabatan pertanian dan di bimbing sehingga mengeluarkan hasil. pemasaran pula hendaklah di lakukan oleh Fama, jabatan pertanian . Tentu timbul soalan bagaimana ianya menguntungkan.

                        Pinjaman hendaklah seratus peratus di keluarkan oleh agensi yang di miliki oleh kerajaan dengan bayaran balik mungkin 60 tahun dan tanah sebagai cagaran. tujuannya seandainya projek tersebut tidak  berjaya kerajaan akan menjadi pemilik tanah. tetapi mustahil tak berjaya jika di bimbing. Bayaran hendaklah di lakukan mengikut proses bayaran pinjaman adalah 20% DARI JUALAN HASIL, 10% UNTUK AGENSI YANG MEMBERI LATIHAN DAN 70% PULA ADALAH PEMILIK TANAH. hasil jualan pula hanya fama yang boleh membeli dan menjual.
                        kebaikan dan faedahnya adalah rakyat berusaha dan pertanian menjadi kerja turun temurun kerana anak yang akan mewarisi. selain dari pada itu ianya akan mengurang pengangguran. dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat.
                       Kebaikan kerajaan adalah hasil cukai tadi mendatangkan pendapatan kepada kerajaan.
seharusnya kita mesti ingat pertaniaan adalah pendapatan yang tak pernah berkurang selari dengan pertambahan penduduk. kita harus ingat meningkatnya penduduk maknanya tanah berkurang. kita seharusnya mengubah negeri sarawak menjadi negeri yang berasakan pertanian. dan kita seharusnya memulakan usaha ini dengan menjadikan bahagian di negeri sarawak sebagai kawasan pertanian angkat. contohnya miri mungkin sesuai sebagai penanam lada. mukah dengan rumbianya
                        Ini adlah satu cadangan saja..........................    

Bintulu pesat membangun..

                                            Perhatikan Gambar yang saya letakkan di blog saya. itulah bintulu puluhan tahun dahulu. dari kampung penempatan nelayan. hanya di diam oleh melayu atau melanau bintulu. di kenali sebagai VAIE jika dalam dialek bintulu.dengan pasar kayunya.
                                           Di bawah barisan nasional Bintulu pesat membangun dari kampung nelayan sekarang ini bintulu mempunyai Petronas, gas cecair,Kilang baja dan sebagainya. infrastrukur yang menghubungi bandarnya dengan pekan sebauh, pekan tatau. saya masih ingat arwah ayah saya berkata beliau berkayuh dari pasar pandan untuk ke Bintulu mengambil masa sehari semalam. dan hanya tidur di kaki lima kedai. sapa sangka pembangunan ini mendatangkan berbagai faedah kepada rakyatnya. pada masa ini hanya mengambil masa 45 minit mengunakan kareta.
                                          Hospital bintulu telah di naik tarafkan dengan bangunan baru. hospital swasta semuanya ada. columbia. penduduk bintulu bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berdidikasi seperti Yb Datuk Talip zulpilip, Yb stephen Rundi dari PBB dan John sikie dari Prs. mereka tanpa henti membangunkan bintulu.

ke mana arah persatuan kita....

                  semalam saya duduk dengan kawan cina saya. biasalah kita masyarakat berbilang kaum. sentiasa duduk sama bila ada peluang." Dia berkata Saya tak dapat lama jeff pasal saya ada meeting persatuan hokkien"  saya bertanya. di mana persatuan kaum melayu di bintulu ini. kalau ada hanya yang kecil. seperti mereka tak ingin menambah ahli. cukup apa yang mereka ada sekarang ini. mungkin hanya yang ada bertujuan untuk mendapat peruntukan dari kerajaan atau badan yang menghulur derma saja tempat mengumpul dana.
                  Ahli pula nak free saja. hendak yang percuma saja. jika minta yuran malah ada sanggup keluar dari ahli. bukankah ini merugikan kita saja. Kita punya ramai ahli profesional, doktor, akauntan dan ramai lagi tetapi mereka ini sanggup hanya duduk di rumah untuk mengerakkan ini mereka seperti melepas batuk di tangga kata peribahasa dulu kala.
                  Bintulu bukan tidak ada persatuan yang hebat. Persatuan Anaq Vaie ini persatuan yang hebat tetapi sampai sekarang saya tak dengar berita tentang persatuan ini. tidak ada satu aktiviti yang mereka laksanakan. sebab itu ekonomi kita lemah kerana kerana kerjasama kita tak ada. jika kita ada persatuan tentu persatuan dapat menjaga kebajikan ahlinya. kita mempunyai suara yang nyaring apa bila ke tidak puasan iitu ada.
                 bangunalah sedarlah kita semakin memencil diri kita dari masyarakat. jangan sampai nanti bila kita ketinggalan kita menyalahkan kaum lain. ini bukan budaya kita. jika ekonomi kita lemah maka lemahlah kita.
Dubs bintulu, Persatuan melanau bintulu, Persatuan kedayan bintulu. Bangunlah.